Sistem senjata rapat
Sistem senjata rapat

Sistem senjata rapat

Sistem senjata rapat (Close-In weapon System atau CIWS /ˈsiːwɪz/ SEE-wiz),[1] adalah sejenis sistem senjata pertahanan titik untuk mengesan dan memusnahkan peluru berpandu jarak dekat dan pesawat musuh yang datang menghampiri; yang mana berjaya menembusi payung pertahanan luar. Ia biasanya dipasang di atas kapal perang tentera laut. Hampir kesemua kelas kapal perang moden bersaiz besar dilengkapi dengan beberapa jenis peralatan CIWS.Terdapat dua jenis sistem CIWS iaitu sistem berasaskan meriam yang biasanya terdiri daripada sebuah kombinasi radar, komputer, dan meriam berbilang laras, tembakan pantas yang berputar yang ditempatkan di atas perumah meriam berpusing. Manakala sistem berasaskan peluru berpandu pula menggunakan panduan terminal infra-merah, radar pasif/ESM atau radar semi-aktif ke sasaran pesawat musuh atau ancaman-ancaman lain. Dalam beberapa kes, CIWS juga digunakan di atas darat untuk melindungi pangkalan tentera. Dalam kes ini, CIWS juga boleh melindungi pangkalan daripada tembakan meriam dan roket.

Rujukan

WikiPedia: Sistem senjata rapat http://times.am/?p=107408&l=en http://dspace.dsto.defence.gov.au/dspace/bitstream... http://www.fyjs.cn/viewarticle.php?id=335595 http://www.defensenews.com/story/defense/policy-bu... http://www.navweaps.com/Weapons/WNIT_4cm-70_Breda.... http://www.rheinmetall-defence.com/index.php?lang%... http://www.rheinmetall-detec.de/index.php?fid%3D15... http://www.navy.mil/navydata/fact_display.asp?cid=... http://www.usi-inc.net/23.html http://www.worldbulletin.net/headlines/153303/turk...